Negeri Perak atau juga dikenali sebagai
Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada 13 buah negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) (lihat peta). Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang dan keempat terbesar di Malaysia.
Negeri Perak Darul Ridzuan terletak bersempadan terus dengan negeri Kedah di sebelah utara, negara Thailand lebih tepat lagi bersempadan dengan Provinsi Yala disebelah timur laut. Negeri Pulau Pinang disebelah barat laut; Kelantan dan Pahang disebelah timur; Selangor di sebelah selatan dan Selat Melaka disebelah barat.